Wednesday, April 15, 2009

SeMpurNakaH aKu???

tanyalah diri sendiri??? nilailah diri kita sendiri???

Tuesday, March 3, 2009

SiaPa dIa?

-PerTemuaN-
Tidak pernah ku menduga dia akan muncul dalam hidupku. Siapa dia? Aku tak tahu... Kehadirannya di kediaman ku, merupakan titik permulaan perkenalan aku dan dia. Kenalan sebagai seorang kawan/sahabat. Orang kata,"kalau pergi tempat orang, kena bergaul dengan ramai orang, mesti cari ramai kawan supaya senang kalau perlukan pertolongan". Ya la... seorang asing yang mencari rezeki di tempat orang, suka atau tidak dengan 'kata orang' tu, kena terima juga.. Memang betul, ada baiknya kita mempunyai ramai kawan.
-Aku dan dIa-
Aku, seorang budak kecil yang baru mengenal erti kehidupan.
Aku, seorang yang penuh dengan angan-angan untuk masa depan sendiri.
Aku, seorang yang mudah dipengaruhi oleh kawan-kawan.
Aku, seorang yang mengenang kisah 'cinta' yang tak berkesudahan.
Aku, seorang yang periang.
Aku, seorang yang rashia.
Aku, seorang yang ego.
Aku, seorang yang tak tahu apa-apa..
Dia, seorang yang muncul dengan tiba-tiba dalam hidup ku.
Dia, seorang yang menjadi pendengar setia ku.
Dia, seorang yang sentiasa menghulurkan bantuan kala ku perlukan.
Dia, seorang yang pernah menyatukan semula hubungan ku dengan 'si dia'.
Dia, seorang yang menjadi teman bual ku.
Dia, seorang yang penuh dengan kejutan.
Dia, seorang yang pergi meninggalkan tempat itu.
Dia, seorang yang punyai perasaan terhadap ku.
Aku dan dia menjadi sahabat yang sentiasa berhubung walaupun berjauhan.
Aku dan dia menjadi sahabat yang sentiasa mendorong antara satu dengan yang lain.
Aku dan dia menjadi sahabat yang sentiasa memerlukan antara satu dengan yang lain.

Aku dan dia adalah insan yang tahu perasaan masing-masing...
Aku dan dia terhalang oleh jarak, pemikiran tentang kebaikan dan keburukan bersama..

Aku ke haluan ku... Dia ke haluannya...
- SaaT beRsaMa –
Kehadirannya membuatkan aku gembira, kadang kala merimaskan. Namun, kalau dia tiada... Mata ku liar mencari, perasaan ku melahirkan keinginan untuk bertemunya, fikiran ku tertanya-tanya, aku ternanti-nanti kemunculannya di kediaman ku.. Perasaan apakah itu??? Aku tahu tapi.......
Dia suka mendengar kala ku berbicara. Mulutku tak henti-henti berceloteh, namun dia tetap menemani ku, menjadi pendengar yang setia. Kala bersama dia, aku rasakan dia begitu rapat dengan ku.. seperti saudara kandung ku. Aku rasa selamat, disayangi, dimanjakan, diberi perhatian, dijaga. Sedangkan aku tak tahu dengan mendalam tentang dirinya. Begitu mudah bagiku untuk berkongsi sesuatu dengannya... Aku tak tahu bilakah lahirnya rasa percayaku terhadapnya. Sehinggakan aku berani untuk keluar bersamanya. Indah saat itu....
Aku dan dia bersama di tempat itu tak lama.. Namun kenangan bersamanya sangat indah dan sentiasa tersimpan dalam memori hidupku.
Kenangan yang tak pernah ku lupakan adalah:
Syiling RM0.20.. Kami tinggalkan syiling itu di atas meja sebuah restoran.

Saat dia menemani ku ketika aku sedih. Bersama dengannya di tepi pantai.
Di depannya aku ketawa. Di depannya aku menangis. Di depannya aku marah. Di depannya aku gembira. Di depannya segala yang ku lakukan tanpa segan. Dia setia menemani ku.
- dIa pErgi-
Tempoh yang singkat bersamanya, namun banyak kenangan indah bersama. Saat dia meninggalkan tempat itu, dia tak lupa memaklumkan kepada kawan-kawannya termasuklah aku. Aku tak tahu, sama ada aku rela untuk berpisah dengannya atau sebaliknya.. Namun, dia bukan milik ku dan aku bukan siapa-siapa baginya... Ya ka?? Itu pendapat dan pujukan hatiku...
Apa yang ku rasakan, Dia seperti berat hati untuk meninggalkan tempat itu. Kami habiskan masa dengan berbual sehingga larut malam.
Kadang kala aku pelik dengan caranya; siapakah aku bagi dia?? Adakah sebagai seorang sahabat atau sebaliknya??... kenapa aku persoalkan ini... Sebab aku rasakan diriku seperti setiausaha atau pembantunya. Dia beritahu aku yang dia akan bertolak dengan bas ini, masa ini, sampai kat sana masa ni, macam-macam perkara tentang keberangkatannya dia maklumkan kepada ku... Ya, mungkin tanggapan ku salah. Sebagai seorang sahabat pun perlu tahu hal itu..
Selepas dia pergi, aku sunyi.. Tapi hidup perlu diteruskan.
- dIa… Bagi kU adalah ….-
Aku seorang yang mudah untuk ’jatuh cinta’.... Saat bersamanya aku mempunyai teman. Dia tahu dan memang tahu. Dia pernah melihat aku bersama temanku. Aku biarkan dia tanpa memikirkan perasaannya. Kadang-kala aku dapat rasakan dia kecewa dengan perbuatanku yang tidak peduli akan kehadiran dia..
Mungkin kerana kami tidak pernah berterus terang tentang perasaan masing-masing. Apa yang aku tahu ketika itu, aku dan dia adalah sahabat.
Dia, bagi ku adalah seorang sahabat yang istimewa.
Dia, bagi ku adalah seorang pendengar setia ku.
Dia, bagi ku adalah seorang yang sukar untuk meluahkan perasaannya.
Aku dan Dia kini terpisah... Dia dengan haluan hidupnya sendiri.. Aku pula dengan haluan hidup ku sendiri... Aku dan Dia kini tidak akan bersama. Aku harapkan dia bahagia dalam hidupnya... Aku kini bahagia dengan hidupku bersama mereka yang menyayangi ku....

"Hargai kehadiran seseorang di sisi kita."

Sunday, March 1, 2009

ceRiTa Lama

Zaman Kanak-kanak : Lupa dah... tapi yang saya ingat... waktu umur 3 tahun..Time adik lahir.. selepas tu.. banyak peristiwa yg saya masih ingat... yang paling tak dilupakan... mandi kolam, masuk hutan, mandi laut, curi buah-buahan orang... he he he..

"Kelakuan kanak-kanak sangat unik, walaupun tahu ibu bapa akan memarahi mereka setelah melakukan sesuatu yang salah atau tidak mengikuti arahan... namun kanak itu tetap akan melakukannya bagi memuaskan keinginan mereka... Tiada dendam dalam hati kanak-kanak, selepas bergaduh, mereka akan berbaik semula. Seperti tiada sesuatu yang pernah berlaku.."